Jabatan Sumber Manusia perlu manfaat teknologi AI, data analisis

Jabatan Sumber Manusia perlu manfaat teknologi AI, data analisis

FADILLAH Yusof melawat tapak pameran selepas perasmian Seminar HR Management Strategies for Malaysia SMEs Winning HR and People Practices di Cyberjaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Setiap unit atau jabatan sumber manusia (HR) dalam mana-mana syarikat atau organisasi di negara ini disaran memanfaatkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan data analisis dalam pengurusan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia penting bagi memastikan aspek pengurusan HR dipertingkatkan dari semasa ke semasa sekali gus memberi pengalaman terbaik kepada pekerja.

Beliau berkata, jika teknologi itu dapat diaplikasikan, profesional HR boleh menumpukan kepada usaha mengoptimumkan pembangunan bakat dalam kalangan pekerja.

“Masa depan HR yang berkesan di Malaysia pada masa akan datang mungkin akan dibentuk oleh beberapa trend utama yang diguna pakai di negara luar.

“Justeru, diharap ia akan membantu mewujudkan tempat kerja inklusif dan dinamik sekali gus membina daya tahan syarikat bagi tempoh jangka panjang,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pengurusan Strategik HR di sini, hari ini.

Katanya, selepas pandemik Covid-19, aturan kerja dilihat semakin fleksibel dan keadaan itu dijangka berterusan untuk masa akan datang.

Justeru, katanya, setiap syarikat terutama unit HR perlu membangunkan dasar dan amalan khusus bagi mengurus pekerja masing-masing dan pada masa sama mengekalkan produktiviti sedia ada.

Pada masa sama, Fadillah berkata, melangkah ke hadapan, organisasi mesti lebih mengutamakan pengalaman pekerja yang positif dan memperkasa kumpulan bakatnya.

“Ini termasuk menyediakan peluang untuk pembangunan profesional, menggalakkan keseimbangan kerja dan memupuk budaya tempat kerja yang positif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya