Itu semua rezeki Allah - Jamal Abdillah jawab kecaman isteri hamil rapat - Utusan Malaysia

Itu semua rezeki Allah – Jamal Abdillah jawab kecaman isteri hamil rapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Soal zuriat tidak boleh dirancang. Soal rezeki Tuhan yang tentukan. Kita rancang macam mana pun, tidak jadi juga jika tanpa izin-Nya.”

Demikian jawapan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah selepas menerima kecaman kerana dikatakan tidak bersimpati dengan isterinya, Datin Zai Izzati yang hamil terlalu rapat.

Enggan melayan kata-kata negatif yang dilemparkan, jelas Jamal, rezeki anak itu adalah kurniaan Tuhan, selain masih mengikut keupayaan isterinya untuk mengandung lagi.

“Semua kecaman yang dilontarkan ini, saya enggan layan dan tak tengok pun. Saya terima rezeki ini kerana Allah, ini adalah anugerah.

“Plaing penting, terserah kepada isteri. Kalau dia kata sanggup lagi, saya okey sahaja. Jika dia mahu ‘ikat’, silakan. Kalau tak mahu pun saya ikut sahaja,” katanya.

Penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu berkata demikian ketika sidang akhbar pengumuman artis keempat Konsert Divas & Diamonds 2024, semalam.

Tambah Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, 65,isterinya yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) berada dalam keadaan stabil selepas mengalami alahan mengandung yang teruk.

“Perkembangan terkini isteri saya sihat. Kalau ikutkan dia sebenarnya mahu ikut pada hari ini tetapi masih perlu berehat.

“Dia mengalami alahan bukan sebab bersalin. Dia masih lagi belum boleh makan sudah masuk hari ke-12 dan asyik muntah-muntah,” jelasnya.

Bercakap soal memiliki anak ramai, bapa kepada tujuh orang anak itu menganggap kanak-kanak sebagai terapi buat dirinya selepas penat bekerja.

“Sekarang saya rasa kehidupan keluarga bersama anak sangat seronok. Ini satu terapi bagi saya kerana tidak pernah rasa letih, bosan atau marah.

“Ini adalah hiburan saya dan saya pun bukan jenis keluar rumah dengan anak-anak,” tuturnya.

Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 1.

Penyanyi itu juga memiliki dua lagi putera hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya