Isyariana tolak banyak tajaan ‘cucuk’ wajah - Utusan Malaysia

Isyariana tolak banyak tajaan ‘cucuk’ wajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Isyariana, mendedahkan beberapa kali menolak sebarang tawaran suntikan wajah kerana gusar sekiranya rawatan suntikan yang bertujuan mengubah bentuk wajah akan memberi kesan sampingan ketika tua.

Sebaliknya menurut Isyariana atau Isyariana Che Azmi, 34, dia hanya melakukan rutin penjagaan muka untuk memastikan kulit wajahnya terjaga dan kekal awet muda.

“Banyak sahaja tawaran membuat suntikan wajah yang saya terima. Tapi saya tidak berani untuk melakukannya dan biar sahaja saya menua sendiri.

“Tambahan pula, saya tidak mahu ada sebarang komplikasi akibat rawatan tersebut. Saya hanya buat rawatan muka biasa seperti mempunyai rutin penjagaan wajah yang sangat ketat.

“Jika ada jerawat sikit pun saya sudah tidak keruan. Menjaga dan membersihkan wajah jauh lebih penting,” katanya.

Isyariana ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan filem Saka Perawan di Strand Mall, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular ke-33 itu juga rajin bereksperimentasi dengan gaya rambut untuk kelihatan lebih segar.

“Selama ini saya ada ‘fringe’ atau rambut depan. Tahun ini saya potong untuk ubah penampilan agar kelihatan berbeza.

“Saya akan buat begini sesekali, bergantung kepada keadaan dan projek lakonan,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Isyariana turut menjayaan filem Saka Perawan arahan Dr. Ahmad Idham bersama barisan pelakon popular seperti Azlee Senario, Datuk Fauziah Nawi, Datuk Seri Eizlan Yusof, dan Sophia Albarakbah.

Naskhah berunsur seram komedi yang diselitkan elemen kemasyarakatan itu sudah menemui penonton di pawagam bermula 27 Jun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya