Isu HRD Corp: Tiada saksi dirakam, dipanggil beri keterangan setakat ini - SPRM

Isu HRD Corp: Tiada saksi dirakam, dipanggil beri keterangan setakat ini – SPRM

EMPAT pegawai SPRM ketika mengambil dokumen berkaitan bagi membantu siasatan berhubung isu HRD Corp di Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat hari ini mengesahkan belum ada saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan isu Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya tidak menafikan akan memanggil saksi-saksi dalam masa terdekat selepas semakan dokumen dilakukan.

“Kami telah hadir ke Kementerian Sumber Manusia di sini (Kesuma) dan HRD Corp (Damansara) bagi mendapatkan dokumen-dokumen untuk siasatan pada tengah hari tadi.

“Kami tidak tidak menafikan akan memanggil saksi-saksi dalam masa terdekat selepas semakan dokumen dilakukan,” katanya.

Katanya, fokus siasatan adalah tertumpu kepada isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di bawah Akta SPRM 2009.

Setakat ini, SPRM telah hadir ke Kesuma di Kompleks Setia Perkasa di sini dan Ibu pejabat HRD Corp, Bukit Damansara, Kuala Lumpur bagi mendapatkan dokumen berkaitan isu HRD Corp.

Khamis lalu, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 dilaporkan berkata, KESUMA disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.

Sementara Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pula mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya