Isteri dipisah dengan satu lafaz, tapi anak kekal selamanya

Isteri dipisah dengan satu lafaz, tapi anak kekal selamanya – Shuk Sahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak, Shuk Sahar, akan menghubungi dua orang anaknya setiap hari bagi bertanya khabar menerusi panggilan video.

Walaupun kini anaknya tinggal berjauhan di Sabah bersama bekas isteri, Rosa Serra, Shuk enggan hubungan antara bapa dan anak menjadi renggang.

“Sekarang saya sibuk ulang alik Pulau Pinang ke Singapura menguruskan perniagaan. Tapi tanggungjawab terhadap anak tetap saya lakukan.

“Hubungan kami baik, tiada masalah. Saya selalu berkomunikasi dengan mereka yang kini menetap di Sabah. Jika ada masa terluang saya akan berjumpa mereka di sana.

“Isteri dipisah dengan hanya satu lafaz (talak), tapi hubungan dengan anak sampai akhir hayat,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kehidupannya setelah berkahwin dengan isteri barunya, Fara Salleh, November tahun lalu.

Shuk ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media Dol’s Podcast di Tasty Chapati, baru-baru ini.

Enggan lagi hal rumah tangga menjadi bahan bualan warganet, Shuk mengambil pendekatan mengehadkan perkongsian peribadi di media sosial.

“Saya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan tentang bekas isteri. Saya bersyukur kerana kami sekarang boleh fokus kepada kehidupan masing-masing dan anak.

“Saya juga tidak akan bercakap apa-apa di media sosial kerana akan buka ruang untuk mengata seterusnya menyebabkan terjadinya buli siber,” jelasnya.

Terdahulu, Shuk dan Serra sah bercerai talak satu pada Mac tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikuriakan dua orang anak iaitu Qurratu Ain,8, dan Assyifatu Aimi, 5.

Shuk kemudian berkahwin dengan Fara pada November tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya