Ismail Haniyeh meninggal dunia, dipercayai dibunuh di Iran

Ismail Haniyeh meninggal dunia, dipercayai dibunuh di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh meninggal dunia akibat dibunuh di Iran, berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pejuang di Palestin itu.

Pemergian pemimpin tertinggi itu dirancang oleh rejim Zionis dalam satu serangan khianat di kediamannya di Tehran.

Kali terakhir, beliau dilihat mengadakan pertemuan dengan Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei dan Setiausaha Agung Gerakan Jihad Islam Palestin, Ziyad al-Nakhalah.

Beliau sempat menghadiri majlis perasmian pelantikan Presiden Iran baharu, Masoud Pezeshkian.

Haniyeh ialah ketua politik kumpulan pejuang Islam yang dibuang negeri dan banyak menghabiskan masa selama beberapa tahun di Qatar.

Semasa perang Israel-Gaza, beliau bertindak sebagai perunding semasa rundingan senjata dan berhubung dengan sekutu utama Hamas di Iran.

Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung berita kematian berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN