Instagram Bella Astilah jadi medan bahas isu Aliff Aziz, Ruhainies - Utusan Malaysia

Instagram Bella Astilah jadi medan bahas isu Aliff Aziz, Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ruangan komen Instagram milik pelakon dan penyanyi, Bella Astillah atau Dayang Ara Nabellah Astillah,30, menjadi tumpuan warganet bahas berkenaan prosiding bacaan pertuduhan kes khalwat melibatkan penyanyi, Aliff Aziz dan aktres, Ruhainies.

Salah satu yang menarik perhatian ramai ialah komen gurauan yang ditulis oleh rakan artis, Puteri Sarah Liyana.

“Awak pandai nangis tak,” soal pelakon yang juga rakan baik Bella.

Rata-rata komen warganet mengecam Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas,31, yang mengeluarkan kenyataan dirinya tidak pandai untuk berlakon atau sengaja menitiskan air mata depan kamera.

Ruhainies berkata dmeikian selepas dilihat tenang dan ceria ketika hadir ke mahkamah untuk prosiding berhubung kes mereka.

Kenyataan pelakon Cukup Derita Itu tersebut dilihat seolah-olah ‘mempersenda’ Bella yang dikatakan kerap menangis setiap kali ditemubual.

Untuk rekod, Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Pada 20 Jun lalu mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bos jaminan berkenaan kes khalwat.

Perbicaraan ditangguhkan pada 17 Oktober dan bon jaminan untuk kedua-duanya juga dilanjutkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya