Inovasi STEM: UMS tampil perkasa pelajar B40

Inovasi STEM: UMS tampil perkasa pelajar B40

PAMERAN hasil inovasi pelajar UMS kepada guru-guru serta pelajar-pelajar SMK Badin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus berusaha memperkasa bidang inovasi dalam kalangan masyarakat dengan menganjurkan Hari Bioteknologi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin, baru-baru ini.

Program anjuran Kelab Bioteknologi UMS dan Persatuan Himpunan Ilmuan UMS (HiUMS) tersebut bertujuan menarik minat pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah ke arah bidang STEM.

Menurut penyelaras program, Profesor Madya Dr. Mohd Khalizan Sabullah, karnival tersebut merupakan salah satu program SULAM (Servis Learning Malaysia and University for Society) untuk mempererat hubungan antara universiti dan komuniti setempat.

PENYAMPAIAN cenderamata daripada UMS yang diwakili oleh Mohd Kahlizan
(tengah) kepada Awang Seman.

“Program ini sebagai salah satu usaha UMS memperkasa peranan universiti dalam pembangunan masyarakat dengan memperkenalkan para peserta kepada aplikasi praktikal sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.

“Selain itu, ia juga memberi peluang kepada para pelajar UMS untuk mempraktikkan teori dalam konteks sebenar kepada masyarakat di samping mengembangkan keterampilan diri dalam memperkukuh kerja berpasukan, kemahiran kepimpinan dan komunikasi,” katanya.

Program tersebut melibatkan 69 pelajar UMS yang menjalani kursus Rekabentuk Projek dalam Bioteknologi dan disertai oleh para pelajar dalam golongan keluarga B40 SMK Badin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN