Industri pembinaan di daerah, kampung mula dipelopori pekerja asing - Rafizi

Industri pembinaan di daerah, kampung mula dipelopori pekerja asing – Rafizi

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Industri pembinaan bersakala kecil oleh pekerja tempatan sama ada di peringkat daerah atau kampung dilihat mulai hampir pupus di negara ini.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, industri pembinaan dan pertukangan itu kini mula diambil alih oleh kontraktor dan pekerja asing sekali gus menjadi kebimbangan negara.

“Buat masa ini, sektor pembinaan bersakala sederhana dan kecil milik tempatan tidak dapat bersaing dengan pekerja asing kerana mereka juga turut terbabit membina rumah, bangunan dan longkang.

“Ia (isu ini) mungkin tidak nampak besar dalam pelaporan ekonomi setiap tahun namun, ia memberi kesan kepada imbangan ekonomi tempatan,” katanya ketika berucap pada majlis peluncuran Banci Ekonomi 2023, di sini hari ini.

Katanya, sepatutnya, negara memanfaatkan sepenuhnya pelatih dan graduan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi mengatasi isu berkenaan.

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau juga melihat pencipta kandungan (content creator) sebagai profesion yang semakin berkembang di negara ini.

Menurutnya, ia (profesion) ada potensi eksport yang besar sebagai sebuah industri kreatif yang berdaya saing tinggi.

“Ini adalah antara industri baharu yang akan dibangunkan negara bagi tempoh lima ke 10 tahun akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN