PETALING JAYA: Indikator kos sara hidup (KSH) bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah sedang dalam peringkat akhir penyediaan untuk dimuktamadkan dan diumumkan pada awal November ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, indikator baharu itu diubah suai untuk memastikannya selari dengan perkembangan semasa negara. Katanya, indikator baharu itu akan memberi gambaran secara kolektif mengenai jumlah perbelanjaan yang diperlukan oleh isi rumah. “Keadaan semasa menuntut ada perubahan, (kerana) ada keperluan yang di Kuala Lumpur tidak sama dengan keperluan di Hulu Terengganu (contohnya). Oleh itu, indeks…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya