ICJ Palestin: Malaysia segera hubungi negara sehaluan capai tindakan bersama

ICJ Palestin: Malaysia segera hubungi negara sehaluan capai tindakan bersama

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA” Malaysia akan segera menghubungi negara-negara sehaluan untuk tindakan bersama di Forum Antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), susulan keputusan dibuat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Palestin.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu susulan keputusan ICJ bahawa pendudukan Israel di wilayah Palestin yang diduduki adalah melanggar undang-undang antarabangsa dan perlu dihentikan segera.

“Jemaah Menteri mengalu-alukan keputusan ICJ bahawa pencerobohan Israel ke atas tanah Palestin adalah menyalahi undang-undang dan sejumlah tindakan perlu diambil, termasuk mengosongkan penempatan haram dan membayar pampasan atas segala kemusnahan yang telah berlaku.

“Susulan keputusan ICJ ini, Malaysia akan segera menghubungi beberapa negara termasuk Indonesia, Brunei, dan negara-negara yang sepemikiran, termasuk Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), untuk mengambil tindakan bersama di Forum Antarabangsa seperti PBB, Majlis Keselamatan PBB dan Majlis Hak Asasi Manusia PBB,” katanya.

Baru-baru ini, ICJ memutuskan pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin sebagai tidak sah di sisi undang-undang dan perlu dihentikan segera.

Kenyataan ICJ yang dipanggil Pendapat Nasihat itu tidak mengikat, namun ia diputuskan tatkala kebimbangan kian meningkat terhadap jumlah kematian dan kemusnahan dalam perang dilancarkan Israel di Gaza, sekali gus berkemungkinan akan meningkatkan tekanan diplomatik ke atas Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya