Ibu jadi sasaran serangan netizen, Aliff mohon hati-hati menulis dan berbicara - Utusan Malaysia

Ibu jadi sasaran serangan netizen, Aliff mohon hati-hati menulis dan berbicara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz mengakui kecewa melihat ibunya, Siti Hafiza Basharahil menjadi sasaran serangan netizen ketika kontroversi perceraiannya dengan Bella Astillah dan isu khalwat dengan Ruhainies menjadi perhatian ramai.

Menurut Aliff, dia menghormati pendapat semua pihak namun berharap warganet berpada-pada ketika menulis dan berkata-kata.

“Sebagai seorang anak, sudah semestinya saya kecewa dan sedih. Namun kerana kekurangan dan kesilapan saya telah meletakkan ibu di posisi sebegitu.

“Cuma saya berharap sangat kepada semua orang, apa sahaja pendapat yang orang ramai ada, kami semua hanyalah manusia biasa seperti semua orang. Kami juga manusia biasa yang buat salah dan silap, kami juga ada perasaan

“Saya menghormati pendapat semua, semua berhak memberikan pendapat, cuma saya berdoa dan berharap kepada semua, berpada-padalah dalam mengeluarkan kata-kata yang kesat, mengeluarkan kata-kata yang tak baik,” katanya.

Menganggap apa yang terjadi sebagai peringatan untuk dirinya, Aliff juga memberi penjelasan mengenai muat naik hantaran berunsur Islamik di laman sosial miliknya dan Hafiza.

“Macam saya cakap, ini peringatan untuk saya juga kerana apa yang kita kongsikan, apa yang kita taip itu senang dikongsikan.

“Seperti contoh apabila saya dan ibu berkongsi hantaran tidak berkenaan, seperti berkongsi peringatan berkenaan kata-kata Islamik, kita tak perlu jadi baik untuk sebarkan benda yang baik.

“Saya berharap apabila saya sebarkan perkara terbabit, Insya-Allah, Tuhan akan berikan kebaikan kepada saya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai emosi ibunya, Aliff mendedahkan semuanya semakin okay dan memohon doa yang baik-baik.

“Saya minta kepada semua, daripada kita bercakap bukan-bukan atau pun bercakap kesat, lebih baik kita tak bercakap apa-apa.

“Mengenai emosi ibu saya, dia semakin baik sekarang. Doakanlah semoga semua pihak diberikan semangat dan kekuatan untuk maju ke hadapan serta menjadi lebih baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya