Ibu bapa kanak-kanak jatuh pangsapuri akan dipanggil polis

Ibu bapa kanak-kanak jatuh pangsapuri akan dipanggil polis

LOKASI kanak-kanak yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kuarters penjawat awam di Presint 9, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis akan merakam keterangan ibu bapa kepada kanak-kanak yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kuarters penjawat awam di Presint 9, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mereka akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya memberi ruang kepada ibu bapa mangsa memandangkan mereka masih bersedih di atas kehilangan itu.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak- kanak.

“Kita akan siasat dan buka satu kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun jatuh dari tingkat 16 di sebuah pangsapuri disyaki terjatuh dari tingkap bilik utama rumah berkenaan.

Ketika kejadian mangsa yang juga anak sulung daripada dua beradik dipercayai ditinggalkan bersendirian ekoran bapa mangsa menghantar anak sulung ke sekolah.

Difahamkan, mangsa kebiasaannya ditinggalkan secara sendirian ketika masih tidur sebelum dihantar ke sebuah taska di bawah pangsapuri itu.

Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Putrajaya namun, disahkan meninggal dunia di hospital.

Insiden kanak-kanak yang maut selepas dipercayai terjatuh di pangsapuri ini adalah kejadian pertama berlaku sejak bangunan itu mula didiami pada 17 tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN