Hun Haqeem nafi masam muka dengan aktor popular - Utusan Malaysia

Hun Haqeem nafi masam muka dengan aktor popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hun Haqeem, menafikan dakwaan bermasam muka dengan seorang pelakon lelaki popular di set penggambaran.

Jelas Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 26, ketika bekerja, dia sedaya upaya membina keserasian dengan semua pelakon dan kru bagi memudahkan urusan penggambaran.

“Setahu saya tiada pula dingin atau bermasam muka dengan sesiapa di set penggambaran. Ini kali pertama saya dengar tentang perkara ini.

“Saya seorang yang cuba membina keserasian dengan semua kerana itulah yang paling penting dalam berkarya.

“Ketika bekerja, kita tidak lakukannya seorang diri. Kita melibatkan banyak orang untuk menghasilkan sesuatu naskhah,” katanya.

Hun berkata demikian ketika mengulas mengenai spekulasi bertebaran yang mendakwa pelakon itu bermasam muka dengan seorang pelakon lelaki berdarah kacukan di sebuah set penggambaran, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelakon Kampung People itu juga meminta maaf sekiranya perbuatannya tanpa sedar ada menghiris hati mana-mana pihak.

“Mungkin semasa bekerja, saya tidak dapat jadi ramah dengan semua orang kerana begitu sibuk. Mungkin perkara itu mengguris hati orang lain. Jika ada yang terasa, saya minta maaf.

“Tapi setiap kali di set, saya akan cuba kurangkan apa-apa drama sebab kena hormat kru yang tidak tidur malam untuk pastikan penggambaran berjalan lancar,” tambahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN