KUALA KANGSAR: Penduduk Kampung Ara Panjang di Manong mengharapkan sinar baharu mahukan kolam air panas semulajadi di tempat mereka kembali dihidupkan. Kolam tersebut yang dinamakan Kolam Air Panas Ara Panjang suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat pelancongan, namun tanpa sebab yang jelas tempat itu kini terbiar ‘mati’ sejak 2014. Kawasan persekitaran kolam itu kelihatan menyeramkan dengan bangunan tandas dan ruangan kolam mandi dalam keadaan kotor serta daun yang menjalar. Ketua Kampung, Kamardin Abd. Majid, 62, sedang merancang untuk membangunkan semula kawasan tersebut dan mengharapkan usaha itu mendapat perhatian pihak kerajaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya