BEIRUT: Hezbollah melancarkan lebih 200 roket dan serangan dron ke utara Israel, sebagai respons balas terhadap serangan yang mengorbankan seorang komando kanannya.
Serangan baharu yang menyusuli satu daripada 100 roket pada petang Rabu, adalah antara yang terbesar setakat ini sejak sembilan bulan keganasan rentas sempadan.
Serangan balas Hezbollah-Israel itu menimbulkan kebimbangan perang habis-habisan antara kedua-dua negara.
Terdahulu,tentera Israel berkata, seorang pegawainya terbunuh yang menjadi punca beberapa serangan lain dilancarkan.
Rejim Zionis juga menyasarkan ‘struktur ketenteraan’ Hezbollah dan serangan lokasi lain di selatan Lubnan.
Komander Hezbollah yang terbunuh dalam serangan Udara Israel berhampiran bandar Tyre di selatan Lubnan, Mohammed Nimah Nasser adalah tokoh paling kanan dalam kumpulan pejuang itu.
Tentera Israel mendakwa, Mohammed memerintahkan Unit Aziz Hezbollah bertanggungjawab melancarkan roket dari barat daya Lubnan dan menuduhnya mengarahkan sejumlah besar serangan. -BBC