IPOH: Seekor harimau belang jantan mati dilanggar kenderaan di Kilometer 314.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah di sini hari ini. Dalam kejadian sekitar pukul 5.45 pagi itu, pemandu kereta jenis Nissan Juke dilaporkan tidak mengalami kecederaan walaupun kenderaan dipandunya remuk di bahagian hadapan. Bangkai harimau yang berada di dalam longkang di tepi lebuh raya itu telah diambil kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak pada pukul 8.15 pagi. Difahamkan, bangkai haiwan liar itu akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya