Hari Peneroka FELDA 2024 perkumpulan peneroka seluruh negara

Hari Peneroka FELDA 2024 perkumpulan peneroka seluruh negara

Buat pertama kalinya, Hari Peneroka FELDA 2024 akan diadakan selama tiga hari berbanding satu hari sambutan sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Buat pertama kalinya, Hari Peneroka FELDA 2024 akan diadakan selama tiga hari berbanding satu hari sambutan sebelum ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 akan berlangsung Dari 12 hingga 14 Julai depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyempurnakan majlis perasmian program itu yang dijadualkan pada 13 Julai.

“Saya difahamkan, terdapat 68 aktiviti disediakan membabitkan 12 kluster sepanjang tiga hari program berlangsung.

“FELDA antara lain akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk mengadakan pameran mini usahawan desa termasuk usahawan kecil,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, terdapat 1,000 gerai jualan usahawan dan pameran akan terbabit dalam program itu selain 317 gerai makanan dari 317 rancangan FELDA.

Fahmi berkata, program sama turut mengumpulkan peneroka, bekas pegawai FELDA dari seluruh negara untuk pelbagai acara dan pengisian sepanjang tiga hari itu.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, beliau akan mempengerusikan Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim minggu depan.

Menurutnya, beliau akan bersama dengan rombongan untuk membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi menyampaikan Warkah Persilaan sempena istiadat pertabalan itu.

“Penyerahan Warkah Persilaan ini melengkapkan antara lain tugas rasmi saya sebagai menteri pertabalan untuk menghadap dan menyampaikan warkah-warkah persilaan kepada Duli-Duli Tuanku Raja-Raja Melayu, Tuan Yang Terutama dan Perdana Menteri.

“Selain itu, kami akan meneliti tujuh acara yang diumumkan sebelum ini supaya ia berjalan lancar mengikut apa yang telah ditetapkan,” katanya.

Istiadat Pertabalan Agong akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini di Istana Negara.

Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya