Hanya kawan - Tyzo jelaskan hubungan dengan anak Normah Damanhuri

Hanya kawan – Tyzo jelaskan hubungan dengan anak Normah Damanhuri

tyzo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Penyampai radio, Tyzo Xander, menyifatkan hubungannya dengan usahawan yang juga pempengaruh, Lydia Rosli, hanyalah sekadar teman baik.

Jelas Tyzo atau Tuah Zoqarnain Idris, 48, pengalaman putus cinta menyebabkan hatinya belum terbuka untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“Sebenarnya saya berkawan baik dengan semua orang. Saya dan Lydia masing-masing ahli perniagaan. Setakat ini belum ada kata putus mengatakan kami menjalinkan hubungan mesra atau hubungan terlarang.

“Saya tidak meletakkan apa-apa harapan dan impian dalam perkahwinan sebab saya pernah putus cinta dan kecewakan orang.

“Saya juga pernah dikecewakan. Kalau ada jodoh, saya akan beritahu kepada semua,” jelasnya.

Tyzo mengulas mengenai kemesraannya bersama Lydia yang kerap hadir bersama wanita itu di beberapa majlis selain memuat naik gambar di Instagram.

Menyifatkan Lydia yang juga anak kepala pelakon veteran, Normah Damanhuri sebagai seorang wanita yang baik hati, Tyzo tidak menolak seandainya hubungan mereka menjadi lebih serius di kemudian hari.

“Terpulang kepada pandangan masyarakat yang menganggap kami secocok kerana mereka yang melihat.

“Lydia pula orang yang sangat baik dan ahli perniagaan berjaya. Saya tumpang belajar dengannya bagaimana menjadi seorang usahawan.

“Tapi saya tidak pasti apa yang akan terjadi kepada kami hari ini atau esok. Saya tidak juga menjangkakan apa-apa tapi yang penting, hubungan perniagaan kami sangat baik,” jelasnya yang ditemui di majlis sambutan ulang tahun kedua ST Rosyam Mart, di sini, pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Tyzo teruja apabila beberapa produk keluarannya iaitu acar buah dan kopi yang dijual di ‘celebrity corner’ ST Rosyam Mart menerima respons baik pengunjung.

“Bukan senang untuk bawa produk kita masuk ke dalam sektor peruncitan. Jika salah strategi boleh menyebabkan kerugian. Alhamdulillah sejak diterima masuk ke ST Rosyam Mart pada Februari, saya boleh katakan sistemnya sangat baik.

“Setakat ini produk yang paling laris ialah acar buah yang menggunakan resepi turun temurun dan juga kopi,” katanya.

Terdahulu, ruangan ‘celebrity corner’ diwujudkan di pasaraya itu bagi memberi peluang kepada para selebriti tempatan untuk berniaga dan mengetengahkan produk masing-masing bagi menjana pendapatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN