Hailey Bieber rendam kaki, mengidam salad telur sepanjang mengandung - Utusan Malaysia

Hailey Bieber rendam kaki, mengidam salad telur sepanjang mengandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Model antarabangsa dan usahawan, Hailey Bieber, berkongsi rahsia penjagaan diri ketika mengandung.

Isteri kepada penyanyi, Justin Bieber, itu akan merendam kaki di dalam air yang dipenuhi ais bagi mengurangkan bahang semasa musim panas.

“Jika anda mengandung di musim panas yang terik ini. Saya ada satu petua untuk dikongsikan.

“Cuba rendam kaki anda di dalam air yang dicampur ais,” tulisnya menerusi hantaran di InstaStory.

Ini bukan kali pertama pengasas produk kosmetik, Rhode, itu berkongsi tentang pengalaman kehamilannya. Seperti wanita lain, Hailey juga mengidam makanan tertentu semasa mengandung.

“Sekarang inilah makanan yang buat saya ketagih. Saya suka salad sayur yang dicampur jeruk dan sos pedas.

“Saya tahu kombinasi ini agak aneh tapi kamu semua jangan menghakimi saya,” tulisnya berseloroh.

Bukan itu sahaja, walaupun perutnya sudah semakin besar, Hailey dilihat tetap yakin dan cantik menggayakan pakaian jaket saiz besar ketika melawat suaminya di Jepun.

Terdahulu, pada Jun 2024, menerusi satu hantaran di Instagram, Hailey telah mengumumkan sudah berbadan dua dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Hailey dan Justin berkahwin pada tahun 2018 dan mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran setahun selepas itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya