PETALING JAYA: Kehilangan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dapat membangkitkan semangat perjuangan generasi penerus agar keadilan dan kebebasan dapat dicapai oleh seluruh rakyat Palestin. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemergian pemimpin pejuang Palestin itu disifatkan satu kehilangan besar buat umat Islam khususnya rakyat Palestin yang menuntut pembebasan daripada genggaman Zionis Israel. Beliau berkata, tiada kata dapat menggambarkan kesedihan di hatinya apabila menerima perkhabaran perginya seorang sahabat, pemimpin dan pejuang itu bersama pengawal peribadinya yang gugur syahid dalam serangan di Tehran, Iran. Ahmad Zahid yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya