Gas bocor di Kargo KLIA: Sebuah pusat operasi dibuka

Gas bocor di Kargo KLIA: Sebuah pusat operasi dibuka

SEBUAH jentera mudah alih 'Command Post' milik MAHB di KLIA. - UTUSAN/ MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebuah pusat operasi dibuka berhampiran Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan insiden kebocoran gas metana di kawasan itu sejak tengah hari tadi.

Tinjauan wartawan di lokasi kejadian mendapati, anggota bomba dan penyelamat serta Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) turut dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal insiden berkenaan.

Selain itu, sebuah jentera ‘Command Post’ mudah alih milik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) turut ditempatkan di lokasi kejadian untuk berfungsi sebagai pusat kawalan krisis dan risiko.

Setakat pukul 4.30 petang tadi, anggota penyelamat masih berusaha mengesan lokasi kebocoran dan tiada maklumat lanjut diperoleh sehingga kini.

Selain itu, laluan menuju ke Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd (Sepang Aircraft) dipercayai ke lokasi insiden gas bocor turut ditutup untuk semua kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Anggota polis diletakkan dan dilihat berkawal di jalan masuk ke laluan itu bagi mengawal lalu lintas.

Selain itu, sekumpulan wartawan yang berada di lokasi kejadian turut terhidu bau gas metana bocor itu.

Bagaimanapun, setakat pukul 450 petang tadi, tiada pengesahan atau kenyataan rasmi dikeluarkan pihak bomba dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA berhubung situasi terkini insiden berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, mereka menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berkaitan kebocoran bahan kimia di kawasan itu kira-kira pukul 11.23 pagi tadi.

Menurut komander operasi, PBK II Muhammad Nur Khairi Samsumin, terdapat 20 mangsa dilaporkan mengalami pening kepala yang terdiri daripada kakitangan Sepang
Aircraf, kakitangan MAS Engineering Hangar dan kakitangan CAE.

Selain itu, enam mangsa telah dihantar Unit Kecemasan Udara (ADU), 13 orang mangsa dibawa ke Medical Center dan seorang mangsa telah dibawa ke Hospital Putrajaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya