Gas bocor di Kargo KLIA, jumlah mangsa belum diperoleh

Gas bocor di KLIA, jumlah mangsa belum dikenal pasti

SATU insiden kebocoran gas dikesan berlaku Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG:  Satu insiden kebocoran gas dikesan berlaku Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Perkara itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor menerusi kenyataan dikeluarkan sebentar tadi.

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi Negeri telah menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berkaitan kebocoran bahan kimia di kawasan itu kira-kira pukul 11.23 pagi.

“Seramai enam orang pegawai bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat KLIA serta pasukan HAZMAT daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam telah hadir ke operasi tersebut,” katanya.

Difahamkan, Komander Operasi, PBK II Muhammad Nur Khairi Samsumin, masih lagi mengenalpasti bahan kimia yang bocor tersebut.

Difahamkan juga, pekerja di sekitar lokasi terutama di beberapa hangar pesawat mula dipindahkan ke lokasi selamat.

Beberapa sejumlah mangsa dikenal pasti  turut dibawa ke hospital selepas mengalami pening-pening dan loya akibat terhidu gas bocor berkenaan.

Setakat ini, tidak dapat disahkan berapa ramai mangsa terlibat memandangkan tiada pengesahan dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN