Gandingan UMNO Pusat, negeri tentukan ketetapan calon PRU16 - Fathul Bari - Utusan Malaysia

Gandingan UMNO Pusat, negeri tentukan ketetapan calon PRU16 – Fathul Bari

FATHUL Bari Mat Jahya (dua dari kanan) hadir sewaktu Mesyuarat UMNO Bahagian Arau di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Arau, Perlis, baru-baru ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: UMNO di peringkat pusat perlu bersama-sama berganding dengan kepimpinan di peringkat negeri dalam soal menentukan calon yang berkelayakan untuk ditampilkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, langkah tersebut adalah berikutan kepimpinan parti itu di peringkat negeri juga memerlukan idea dan pandangan pusat dalam hal penenetuan calon yang ingin diketengahkan.

Kata Ketua UMNO Bahagian Kangar itu, kepimpinan parti di pusat pastinya melihat pemilihan calon tersebut dari kaca mata yang lebih luas manakala peringkat negeri pula melihat menerusi sudut gerak kerja di kawasan.

“Sebab itu gandingan antara UMNO pusat dan negeri penting kerana kita tak nak tampilkan calon yang pasif semata-mata.

“Walaupun calon itu mungkin popular di kawasan, namun ini bukan hanya soal kemenangan semata-mata namun kemampuan calon itu untuk beraksi dan membawa suara rakyat ke peringkat lebih tinggi Bahagian melihat kepada kawasan mereka manakala pusat pula melihat kepada agenda yang lebih besar,” katanya.

Fathul Bari berkata demikian bagi mengulas cadangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani supaya parti itu mengenal pasti segera calon-calon yang ingin diketengahkan dalam PRU16.

Johari dilaporkan berkata, kepimpinan di semua peringkat terutama di negeri-negeri perlu melakukan kerja awal dengan mengenal pasti calon yang berkelayakan untuk bertanding di mana-mana kawasan yang parti itu kalah sebelum ini.

Kata Johari, langkah tersebut sekali gus membolehkan kepimpinan parti menilai prestasi calon berkenaan dalam tempoh tiga tahun akan datang sebelum tibanya PRU16.

Dalam PRU15, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perlis buat pertama kalinya hilang penguasaan kerajaan negeri apabila kalah semua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen.

Dalam pada itu, Fathul Bari berkata, pihaknya menyambut baik cadangan tersebut malah beberapa calon yang berkelayakan juga telah dikenalpasti untuk ditampilkan pada PRU16.

“Bahagian Kangar sudah ada beberapa calon yang kita kenal pasti bukan sahaja dari sudut kelayakan namun turut melibatkan gerak kerja ditunjukkan di peringkat bawah.

“Dan tentunya penentuan itu akan dibuat oleh pusat selepas nama-nama berkenaan di bawa oleh Pengerusi Perhubungan Negeri,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya