Gaji purata pekerja di KL sekali ganda lebih tinggi berbanding di Kelantan

Gaji purata pekerja di KL sekali ganda lebih tinggi berbanding di Kelantan

BANCI Ekonomi 2023 dilancarkan hari ini. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Banci Ekonomi 2023 yang dilancarkan hari ini mendedahkan purata gaji pekerja di Kuala Lumpur (RM4,193) adalah sekali kali ganda berbanding di Kelantan (RM2,070).

Ia kemudian disusuli Selangor dengan (RM3,544), Pulau Pinang (RM3,496), Labuan (RM3,491), Melaka (RM3,115), Sarawak (RM3,077), Negeri Sembilan (RM3,025) dan Putrajaya (RM2,994).

Negeri lain iaitu Johor dengan RM2,987, Terengganu (RM2 ,793), Kedah (RM2,721), Perak (RM2,679), Pahang (RM2,628), Sabah (RM2,381) dan Perlis (RM2,253).

Banci sama mendedahkan tiga negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang yang merekodkan pendapatan tertinggi bagi sektor-sektor tertentu.

Bagi Kuala Lumpur, sektor telekomunikasi dengan pendapatan RM9,457, pengaturcaraan dan penyiaran (RM8,629) dan pengantara kewangan (RM6,946).

Di Selangor pula, industri yang menawarkan gaji tertinggi ialah telekomunikasi dengan RM7,580, perkhidmatan maklumat (RM7,186) dan pengaturcaraan komputer (RM7,112).

Manakala di Pulau Pinang, sektor produk elektrik, elektronik dan optik menawarkan gaji RM4,790, petroleum, kimia, plastik dan produk getah (RM 3,828), dan produk galian bukan logam (RM3,571).

Sementara itu, purata pendapatan isi rumah tertinggi direkodkan di Putrajaya dengan RM13,473 disusuli Kuala Lumpur (RM13,325) dan Selangor (RM12,233).

Secara keseluruhan, purata pendapatan isi rumah negara ialah RM8,479 manakala, purata gaji pula ialah RM3,332.

Sementara itu, berdasarkan data dikeluarkan Quasi Corporation, lebih 99,000 pemandu terlibat dalam memberi perkhidmatan pengangkutan menerusi e-hailing dengan anggaran pendapatan melebihi RM3 bilion pada tahun 2022.

“Banci sama mendedahkan, 25 syarikat beroperasi sebagai penyedia platform e-hailing. Selain itu, lebih 275,000 terlibat dalam aktiviti ‘home bakers’ dengan pendapatan lebih RM4 bilion setahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN