SUNGAI SIPUT: Seorang pengusaha kebun durian di Kampung Lasah dekat sini mengalami kerugian sehingga RM30,000 selepas kebunnya diceroboh gajah liar sejak sebulan lalu. Kamarudin Ishak, 63, berkata, kehadiran gajah-gajah liar ketika musim durian luruh menyebabkan dia dan pekebun lain tidak sempat merasai hasil apabila raja buah itu ‘dikutip’ lebih awal oleh haiwan tersebut. Katanya, pada kebiasaannya mamalia itu akan masuk ke kawasan kebun durian pada waktu malam dan beredar selepas pukul 5 pagi. “Masalah gajah masuk ke kawasan kebun bukanlah perkara baru, sejak dulu lagi memang ada cuma, sekarang musim…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya