Gajah liar cedera, patah gading ditangkap - Utusan Malaysia

Gajah liar cedera, patah gading ditangkap

KEADAAN gajah jantan liar yang ditangkap Perhilitan di Kampung Pak Sik, Besut, hari ini. UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seekor gajah liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu di Kampung Pak Sik di sini, hari ini.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, gajah jantan dianggarkan seberat dua tan yang berusia antara 10 hingga 12 tahun itu ditangkap ketika menceroboh kawasan kebun kelapa sawit, kira-kira pukul 9 pagi.

“Perhilitan menerima laporan berhubung mamalia itu pada 28 Mei lalu dan tiga operasi tangkapan telah dilaksanakan.

“Ketika ditangkap kita dapati terdapat kesan luka lama di belakang gajah akibat tusukan gading dan gading kirinya telah patah dipercayai disebabkan pergaduhan dengan gajah lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Jelasnya, operasi memindahkan gajah berkenaan ke habitat asalnya dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan kepada pihak Perhilitan sekiranya terdapat kehadiran haiwan liar di kawasan mereka dan tidak mengambil tindakan sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya