Festival Jelajah Kampung Seberang Ramai meriah - Utusan Malaysia

Festival Jelajah Kampung Seberang Ramai meriah

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian festival jelajah Kampung Seberang Ramai di Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian festival jelajah Kampung Seberang Ramai di Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai di sini, semalam.

Berangkat sama pada program edisi kedua anjuran Encomas Sdn. Bhd. dengan kerjasama Caffe Diem serta All In Hotel bermula 6 hingga 8 Julai itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Pengarah Urusannya, Datuk Rick Cheng Wooi Seong.

Rick Cheng berkata, penganjuran festival berkenaan bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat adat dan budaya masyarakat perkampungan nelayan berkenaan.

Selain itu, katanya, ia juga bagi meneroka keunikan dan keindahan kawasan merupakan tumpuan utama pengunjung itu.

“Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah lawatan ke gerai-gerai makanan warisan yang disediakan oleh tujuh buah kampung, pertandingan antara kampung bertemakan makanan, aktiviti tarian dan muzik serta beberapa aktiviti kemasyarakatan lain.

“Turut diadakan ialah pertandingan membuat garam belacan dan juga persembahan boria khas oleh penduduk setempat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya