Fauziah wanita pertama dilantik pengerusi Etiqa - Utusan Malaysia

Fauziah wanita pertama dilantik pengerusi Etiqa

FAUZIAH HISHAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Etiqa melantik Fauziah Hisham sebagai Pengerusi baharu, berkuat kuasa pada 1 Julai lepas bagi menggantikan Datuk R. Karunakaran, yang telah bersara selepas lebih tujuh tahun memikul tugas sebagai Pengerusi Etiqa.

Pelantikan tersebut menjadikan beliau wanita pertama yang memegang jawatan Pengerusi Kumpulan Etiqa.

Fauziah telah berkhidmat lebih dua tahun sebagai ahli Lembaga Pengarah Etiqa International Holdings Sdn. Bhd. dan Maybank Ageas Holdings Berhad (MAHB), sebelum pelantikannya sebagai Pengerusi kedua-dua syarikat tersebut.

Etiqa International ialah syarikat induk kepada MAHB yang memiliki entiti-entiti Etiqa di Malaysia dan Etiqa Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurance & Takaful, Kamaludin Ahmad berkata, Fauziah membawa bersamanya pengalaman yang luas, terutamanya dalam industri kewangan.

“Kami yakin dengan pengetahuan mendalam dan rekod prestasi cemerlangnya, beliau akan menjadi aset berharga untuk Lembaga Pengarah dan jawatan kuasa Etiqa International dan MAHB.

“Selain itu, kami juga berharap dapat memanfaatkan kepimpinan beliau untuk terus memajukan kedudukan Etiqa sebagai peneraju serantau dalam industri insurans dan takaful melalui keupayaan digitalnya,” katanya dalam kenyataan.

Fauziah merupakan Felo daripada Chartered Governance Institute, United Kingdom dan Pengarah Risiko Bertauliah daripada Institute of Enterprise Risk Practitioners.

Beliau mempunyai pengalaman melebihi 30 tahun dalam bidang perbankan melalui perkhidmatannya sebagai pengurusan kanan dan kepimpinan di J.P. Morgan Chase, Standard Chartered Bank dan Australia & New Zealand Banking Group di Malaysia, termasuk perkhidmatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif J.P. Morgan Chase Bank Berhad dari 2002 hingga 2006.

Selepas persaraannya dari Australia & New Zealand Banking Group, beliau dilantik sebagai Pengerusi bagi Lembaga Pengarah J.P. Morgan Chase Bank Berhad mulai Januari 2015 sebelum meletakkan jawatan untuk menyertai Lembaga Pengarah Malayan Banking Berhad (Maybank) pada Mei 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya