Josiah enggan guna status selebriti untuk dapat IC biru

Josiah enggan guna status selebriti untuk dapat IC biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Josiah Hogan enggan menggunakan kelebihannya selaku selebriti sebagai jalan mudah untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Sebaliknya, pemilik nama sebenar Josiah Padilla Hogan lebih memilih prosedur yang betul, yang ditetapkan kerajaan.

“Disebabkan saya pelakon, saya boleh jumpa mana-mana menteri untuk dapatkan kad pengenalan biru. Tidak, saya tak mahu ambil kesempatan itu.

“Saya ikut prosedur ditetapkan. Isi borang, lengkapkan dokumentasi, turun naik pejabat pendaftaran di Putrajaya.

“Saya baru sahaja melepasi proses temu duga. Masih menunggu keputusan,” katanya.
yang ditemui sewaktu tayangan drama bersiri Barajiwa, baru-baru ini.

Josiah yang kini memegang status penduduk tetap di Malaysia menyuarakan kesediaan untuk melepaskan kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS) yang dipegangnya selama ini.

Bapa empat cahaya mata ini memaklumkan dia tidak merancang untuk menetap di AS, sebaliknya lebih selesa untuk tinggal di Malaysia.

“Tak ada sebab untuk saya pulang ke AS. Keadaan politik mereka pula tak menentu. Sampai tahap, saya mohon jadi warganegara Malaysia.

“Ramai orang Malaysia yang mahu berhijrah ke negara lain kerana nilai mata wang dan tangga gaji yang lebih tinggi.

“Tetapi, ramai tak sedar kelebihan Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kesihatan bertaraf premium kepada penduduknya. Dalam aspek ini, Malaysia lebih baik berbanding AS.

“Pada masa yang sama, saya mahu anak-anak saya dibesarkan dalam persekitaran Islamik. Jadi, Malaysia adalah tempat yang sesuai kerana persekitarannya dan kita juga ada sistem beraja yang menjadi simbol agama,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN