Enggan berhenti apabila diarah polis, rupanya positif empat jenis dadah

Enggan berhenti apabila diarah polis, rupanya positif empat jenis dadah

AKSI kejar-mengejar MPV polis dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki di Jalan Cyberjaya - Dengkil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Rondaan rutin sebuah unit kereta peronda (MPV) polis di sini kelmarin bertukar aksi mengejar sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang memecut laju kenderaannya selepas diarahkan berhenti.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam di Jalan Cyberjaya – Dengkil itu, sebuah kereta jenis Perodua Bezza sebelum itu ditemukan dalam keadaan mencurigakan oleh MPV berkenaan.

Bagaimanapun, apabila didekati dan diarahkan berhenti bagi pemeriksaan lanjut, pemandu kereta berkenaan terus memecut laju.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, anggotanya terus mengejar suspek terus mengejar suspek sejauh kira-kira tiga kilometer sebelum berjaya ditahan di Jalan Kita Impian, Cybersouth.

Beliau berkata, MPV dinaiki anggotanya turut rosak apabila berlanggar dengan kereta suspek berkenaan.

“Siasatan mendapati, suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau. Malah, saringan ujian air kencing juga mendapati, suspek positif dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine, tetra hydrocannibol (THC) dan Benzo,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Katanya, pihak polis turut menasihatkan orang awam untuk tidak menimbulkan apa-apa spekulasi dan tidak berkongsi berita yang tidak benar atas kejadian itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya