PETALING JAYA: Enam suspek yang ditahan berkaitan kes kehilangan bahan api jenis kerosin JET-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia dekat sini, dibebaskan dengan jaminan polis, semalam. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tempoh tahanan reman semua suspek termasuk tiga anggota polis berusia 31 tahun hingga 55 tahun itu tamat, semalam. “Kesemua suspek diberikan jamin polis setelah tempoh reman tamat. Setakat ini, polis sedang menunggu beberapa laporan daripada pihak bank sebelum menyerahkan kertas siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya