GEORGE TOWN : Empat buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Bukit Dumbar, di sini awal pagi tadi. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.15 pagi itu. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang berkata, kebakaran tersebut melibatkan empat unit rumah kelas C dengan peratusan kemusnahan sebanyak 90 peratus. “Kebakaran turut memusnahkan beberapa buah motosikal milik penghuni,” katanya di sini, hari ini. Menurut jurucakap terbabit, ketika ini kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan sepenuhnya. Tambah beliau, punca kejadian serta anggaran kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan.-UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya