Elak sebar kandungan provokatif saat akhir kempen PRK Sungai Bakap

Elak sebar kandungan provokatif saat akhir kempen PRK Sungai Bakap

FAHMI Fadzil berkongsi paparan kandungan bersifat undian di aplikasi sosial yang menggunakan latar gambar dua lelaki sedang bercium. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan mengingatkan semua pihak supaya berkempen dengan cara sihat dan tidak berkongsi kandungan bersifat provokatif terutama menjelang kempen saat akhir Pilhan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, peringatan ini dikeluarkan susulan penyebaran satu kandungan bersifat fitnah di media sosial mengaitkan sebuah parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pihaknya telah menerima aduan berkaitan kandungan itu daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Aduan ini diterima saya dan SKMM dari beberapa orang di Sungai Bakap dan ini adalah satu tindakan yang jahat dan bersifat provokatif.

“Ada nombor telefon di situ (kandungan) dan pihak SKMM dan PDRM akan melakukan siasatan untuk mengesan mereka di sebalik tindakan jahat ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.

Katanya, beliau mengingatkan semua pihak supaya berkempen dengan sihat dan bukannya menyebarkan dakyah atau fitnah melampau seperti ini.

Jelasnya, sekiranya usaha (sebaran provokatif dan fitnah) dilakukan oleh mana-mana pihak, maka ia (tindakan) akan memakan diri mereka suatu hari nanti.

Terdahulu, Fahmi berkongsi paparan kandungan bersifat undian di aplikasi sosial yang menggunakan latar gambar dua lelaki sedang bercium.

Kandungan bertajuk Vote Harapan For Freedom itu turut merayu pengundi di Sungai Bakap supaya mengundi calon Pakatan Harapan (PH).

Seramai 39,151 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi pada PRK bagi memilih wakil rakyat DUN Sungai Bakap esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya