KUALA NERUS: Dua pasangan beradik mencipta kenangan manis apabila terpilih antara 1,010 pelajar baharu Asasi dan Diploma yang mendaftar ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini. Muhammad Fathullah Mashkur Md. Norsalam, 19, dan adik perempuannya, Nurdina, 18, mengakui mereka sangat teruja apabila menerima tawaran daripada universiti tersebut kerana dapat memudahkan urusan keluarga pada hari pendaftaran. Fathullah berkata, mereka dua beradik memilih pengajian Diploma Dakwah dan menjadikan UniSZA sebagai universiti pilihan utama ketika membuat permohonan. “Alhamdulillah, sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang untuk menuntut ilmu bersama adik dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya