Dua maut, lori tunda rempuh lima kenderaan

Dua maut, lori tunda rempuh lima kenderaan

KEMALANGAN membabitkan enam jenis kenderaan di Jalan Bukit Dugang - Desa Putra, di Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Dua dikhuatiri maut membabitkan kemalangan enam jenis kenderaan di Jalan Bukit Dugang – Desa Putra, di sini, kira-kira pukul 3 petang tadi.

Difahamkan, salah seorang yang maut adalah kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM), manakala identiti seorang lagi mangsa belum diperoleh.

Setakat ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sudah mengesahkan insiden itu, namun laporan penuh mengenainya belum dikongsi.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, insiden dipercayai berpunca daripada trak tunda yang hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar beberapa kenderaan lain termasuk empat buah kereta dan sebuah motosikal.

Rakaman video turut memaparkan keadaan di tempat kejadian dengan beberapa mangsa dilihat terbaring di tepi jalan selain keadaan trak tunda yang terjatuh ke dalam longkang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN