KUBANG PASU: Dua individu maut akibat terperangkap dalam sebuah lubang pembentung dipercayai cuba mencuri kabel telekomunikasi di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting, Jitra. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian disedari orang awam yang curiga melihat lubang itu terbuka kira-kira pukul 8 pagi. Beliau berkata, pihaknya yang dimaklumkan mengenai keadaan itu kemudiannya menghubungi syarikat telekomunikasi berkenaan untuk membuat pemeriksaan. “Pemeriksaan dijalankan menemukan dua lelaki yang dipercayai terperangkap dalam lubang tersebut. Pihak bomba dipanggil bagi membawa naik mayat dua lelaki berkenaan,” katanya ketika dihubungi di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya