TELUK INTAN: Gara-gara gagal memberi penjelasan berkaitan pemilikan 40 biji kelapa, dua lelaki dipenjara selama 14 hari selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Hukuman itu dijatuhkan Majistret T. Ashvinii terhadap V. Supramany, 50, dan Muhammad Amir Rashid Masri, 34, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara terhadap kedua-dua tertuduh itu berjalan bermula dari tarikh ditangkap pada 12 Julai lalu. Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa secara bersama berada dalam milikan dua karung guni berisi 40 biji kelapa di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya