PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) kerana batuk. Memetik laporan Bloomberg, seorang pembantu Mahathir, Sufi Yusoff berkata, kesihatan negarawan berusia 99 tahun itu semakin baik dan dibenarkan ‘bercuti di rumah’. Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 15 Julai lalu iaitu lima hari selepas ulang tahun kelahiran beliau yang ke-99 tahun. Beliau sering keluar masuk hospital sejak beberapa tahun lalu. Dr Mahathir juga ada sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1989…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya