TANJUNG MALIM: Dompet serta kad pengenalan dipercayai milik Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah berjaya ditemukan di Sungai Trolak Kampung Batu 4 di sini kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi. Difahamkan bahan bukti tersebut ditemukan selepas beberapa jam operasi pencarian dilakukan anggota Unit Skuba (Unit Forensik) Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain itu, kunci kereta turut ditemukan pada pukul 11.20 pagi namun tidak dapat dipastikan pemiliknya. Keadaan air sungai agak cetek dan jernih kerana tidak hujan sejak semalam memudahkan proses pencarian bahan bukti hari ini. Terdahulu, media melaporkan Nur Farah Kartini dilaporkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya