PETALING JAYA: Kumpulan doktor kontrak yang sudah bertahun-tahun berkhidmat dalam perkhidmatan kesihatan awam kini bimbang kehilangan faedah-faedah perkhidmatan seperti cuti terkumpul apabila mereka mengisi jawatan pegawai perubatan Gred UD43. Selain cuti terkumpul, mereka juga menggesa Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempertimbangkan untuk mengekalkan tangga gaji akhir selain faedah-faedah lain sedia ada yang diperoleh mereka. Ia susulan penetapan gaji bagi kekosongan jawatan pegawai perubatan Gred UD43 (kontrak interim) yang didakwa berdasarkan kepada gaji permulaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di Pantai Timur, berusia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya