D’Masiv pukau penonton, 'belanja' lagu baharu - Utusan Malaysia

D’Masiv pukau penonton, ‘belanja’ lagu baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biarpun baru sahaja habiskan konsertnya Februari lalu, kumpulan popular Indonesia, D’Masiv kembali memukau ribuan peminatnya yang hadir memeriahkan Amazing Konsert D’Masiv, baru-baru ini.

Bertempat di Megastar Arena, Kuala Lumpur, kumpulan tersebut menampilkan lagu-lagu daripada album terbaru mereka iaitu Sampai Mati Kan Ku Kejar, Berpura-pura, dan Rindu yang Tak Pernah Jelas yang dikeluarkan pada bulan lepas berjudul 8.

Kumpulan itu juga turut menyanyikan 15 lagu hit mereka pada malam itu antaranya Cinta Ini Membunuhku, Cinta Sampai Di Sini dan Rindu Setengah Mati.

Vokalisnya, Rian berkata, pentas itu merupakan kali pertama mereka mempromosikan album terbaru mereka dan mengharapkan peminat dapat memberikan sokongan kepada album itu.

“Ini merupakan kali pertama kami sembahkan lagu daripada album baharu bahkan di Indonesia juga belum pernah dipersembahkan.

“Saya juga berterima kasih kepada peminat yang sanggup datang dari jauh untuk hadir ke konsert ini,” katanya.

Konsert yang berlangsung sekitar dua jam 30 minit itu turut menampilkan Mario G Klau yang membawakan sembilan lagu dengan penuh bertenaga.

Antara lagu yang dipersembahkan pada malam itu ialah Pemain Lama, Mengapa, Semata Karnamu dan Lama Di Rindu.

Mario turut menyanyikan beberapa lagu hasil penulisannya yang telah dipopularkan oleh selebriti lain seperti Lyodra (Tak Dianggap dan Pesan Terakhir), Anggi Marito (Tak Segampang itu) dan Keisya Levronka (Tak Ingin Usai).

Persembahan pembukaan konsert itu diserikan oleh persembahan Sarah Suhairi dan Alfie Zumi yang menyanyikan lagu hits mereka, SAH.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dilihat pulang penuh senyuman setelah Amazing Konsert D’Masiv yang dibawakan khas oleh JPP Entertainment dan produksi Creative Page itu tamat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya