PASIR SALAK: Walaupun digantung keahlian parti, bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilihat hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian itudi Dewan Besar Changkat Lada di sini hari ini. Tajuddin, yang digantung keahlian parti selama enam tahun, pada mulanya duduk di luar dewan selama kira-kira 15 minit. Beliau kemudiannya masuk ke dalam dewan semasa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang merasmikan mesyuarat, berucap. Tajuddin dilihat duduk di bahagian belakang bersama beberapa individu mendengar ucapan perasmian Mohamed Khaled dan Ketua UMNO Bahagian, Khairul Azwan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya