Didakwa tanggung Aliff Aziz, Ruhainies terkilan difitnah - Utusan Malaysia

Didakwa tanggung Aliff Aziz, Ruhainies terkilan difitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Ruhainies menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia kini sedang menanggung kehidupan aktor dan penyanyi, Aliff Aziz setelah lelaki tersebut bercerai dengan bekas isterinya, Bella Astillah.

Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Illyas, 31, perkara itu merupakan satu fitnah semata-mata dan dia perlu menjelaskannya bagi mengelak salah faham ramai.

“Itu fitnah yang sangat-sangat berat, dan benda itu sudah tentu tidak benar.

“Selama ini Aliff punya tawaran berturut-turut, takkanlah duit dia cepat habis ataupun sudah habis,” katanya.

Ruhainies berkata demikian ketika ditemui selepas perbicaraan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sumber kewangannya ketika ini memandangkan sudah tidak banyak lagi tawaran, Ruhainies mengakui dia masih mempunyai pekerjaan.

“Alhamdulillah saya ada projek macam biasa dan saya tidak mahu kongsi dahulu. Nanti tengoklah di media sosial apa yang saya buat,” katanya.

Sementara itu, Aliff pula ketika ditanya mengakui kini sedang memperlahankan kerjaya seninya selain meneruskan hidup dengan menggunakan wang simpanan yang ada.

“Alhamdulillah saya masih ada simpanan saya yang sebelum ini dengan tawaran yang ada. Masih ada (duit) dan doakan yang baik baik untuk semua,” katanya.

Untuk rekod, Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Pada 20 Jun lalu mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bos jaminan berkenaan kes khalwat.

Perbicaraan ditangguhkan pada 17 Oktober dan bon jaminan untuk kedua-duanya juga dilanjutkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya