KUALA LUMPUR: Pindaan undang-undang melibatkan dasar pendidikan wajib dari peringkat rendah sehingga ke peringkat menengah dengan tempoh masa 11 tahun persekolahan, dijangka dapat dibentangkan di Parlimen pada 2025. Bagaimanapun, kerajaan memberitahu, tiada garis masa khusus dalam sesuatu mesyuarat Dewan Rakyat untuk pindaan melibatkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) pada tahun depan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pindaan melibatkan RUU itu belum dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara (AGC). Katanya, draf berkenaan sedang dibincang dan dimuktamadkan di peringkat dalaman KPM sebelum pihaknya memanjangkannya ke Peguam Negara bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya