KUALA LUMPUR: Peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3.0 tidak akan melalui latihan intensif seperti latihan ketenteraan perlu dilalui oleh anggota tentera sebenar. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, modul kenteraan yang mencakupi 70 peratus pengisian PLKN baharu itu sebaliknya menekankan aspek-aspek disiplin diri. Menurut beliau, ia akan membantu membina nilai diri seperti pengurusan masa, kebersihan, kepatuhan kepada peraturan, keupayaan untuk melakukan tugasan secara berkumpulan dan ketahanan dalam melakukan sesuatu tugasan secara bertanggungjawab. “Ia akan turut melibatkan pendedahan dan penerangan berkenaan dengan dasar-dasar pertahanan negara. “Kesemua elemen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya