Datuk Red dan Adira kembali bercinta, bakal berkahwin semula

Datuk Red dan Adira kembali bercinta, bakal berkahwin semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Membuka fasa baharu kehidupan, usahawan, Datuk Seri Adnan Abu mengakui kembali menjalinkan hubungan yang serius dengan bekas isteri keduanya, penyanyi, Adira Suhaimi.

Menurut Adnan atau lebih dikenali dengan Datuk Red, 46, dia bersyukur apabila Adira menerimanya semula dan memberi peluang kedua untuk mereka berdua memperbaiki rumah tangga.

Malah, Adnan sudah pun berjumpa dengan keluarga Adira dan berbincang mengenai penyatuan semula itu.

“Ya, saya dan Adira kembali bersama. Apa yang dilihat dalam siaran langsung sebelum ini memang kami telah berbaik.

“Syukur Adira memberi peluang selepas melihat perubahan saya. Saya juga sudah berbincang dengan keluarga Adira mengenai perancangan perkahwinan kami,” ujarnya menerusi siaran lansung di TikTok

Dalam siaran langsung sama, Adnan turut berkongsi mereka berdua sudah lima hari bercinta dan memiliki tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan.

“Kita ini hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Insya-Allah selepas raya Aidilfitri tahun depan kami akan berkahwin.

“Keluarganya juga ada menasihatkan kami untuk berkahwin semula. Lagi pun umur saya bukan muda lagi, jadi lebih baik saya kahwin saja dengan Adira semula.

“Buat masa sekarang kami masing-masing memberi fokus kepada usaha mencari rezeki dahulu,” katanya lagi.

Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 24 April berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Bagaimanapun ikatan perkahwinan sembilan tahun itu berakhir dengan penceraian pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN