Daddy minta maaf tidak dapat berada di sisi - Aliff Aziz - Utusan Malaysia

Daddy minta maaf tidak dapat berada di sisi – Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, meluahkan rasa rindu terhadap anak sulungnya, Ayden Adrean.

Dalam sebuah hantaran di media sosial, Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 33, turut memohon maaf kerana tidak dapat menyambut hari lahir puteranya itu, hari ini.

“Kepada anak lelaki daddy yang kacak Ayden Adrean, pada tarikh ini tujuh tahun lalu awak dibawa ke dunia ini dan menjadi buah hati daddy.

“Daddy ingin dedikasikan hantaran media sosial ini kepada awak dengan ucapan Selamat Hari Lahir!

“Daddy merindui awak dan jangan biarkan sesiapa memberitahu awak sebaliknya. Daddy sayang awak lebih daripada yang awak bayangkan.

“Daddy minta maaf tidak dapat berada di sisi pada hari istimewa awak tetapi doa daddy akan sentiasa menemani ke mana sahaja awak pergi,” tulisnya.

Penyanyi Sayang Sayang itu juga memaklumkan ada membelikan hadiah kecil khas untuk anaknya itu sempena hari lahir.

“Daddy sangat sayangkan awak! Daddy harap awak suka hadiah kecil yang daddy dan semua orang di sini (ahli keluarga di Singapura) belikan untuk awak.

“Semoga kita berjumpa lagi nanti,” katanya.

Terdahulu pada 13 Jun, Aliff melafazkan cerai talak satu kepada isterinya pelakon, Bella Astillah.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 3.

Sebelum ini, Bella dan Aliff pernah bercerai talak satu sekitar tahun 2020 namun kembali rujuk dua bulan kemudian sebelum mengesahkan dirinya hamil anak kedua ketika itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya