China-Filipina capai perjanjian sementara - Utusan Malaysia

China-Filipina capai perjanjian sementara

FILIPINA berusaha daftar haknya terhadap ECS di Wilayah Palawan Barat yang menghadap Laut China Selatan.-REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: China dan Filipina mencapai satu perjanjian sementara bagi mengurangkan ketegangan di kawasan perebutan di Laut China Selatan.

Jabatan Luar Filipina dalam kenyataan memaklumkan, keputusan tu dicapai selepas beberapa siri rundingan di sini, susulan ketegangan yang meningkat di Beting Thomas Kedua, dikenali sebagai Beting Ayungin oleh Filipina.

“Kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat berhubung misi membekalkan keperluan harian dan penggiliran di sebuah kapal tentera Filipina di Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu seperti laporan Reuters.

Tambah kenyataan berkenaan, China dan Filipina juga setuju untuk tidak menimbulkan provokasi di perairan tersebut menerusi dialog berterusan selain sepakat perjanjian yang dibuat tidak akan menjejaskan kedudukan mana-mana pihak.

Kementerian Luar China dalam kenyataan hari ini turut mengesahkan perjanjian itu.

Beijing bagaimanapun masih menuntut Filipina menunda kapalnya memandangkan Beting Thomas Kedua tidak berpenghuni dan tiada sebarang kemudahan.

Beting itu terletak kira-kira 195 kilometer di barat wilayah Palawan di Filipina dan berada dalam zon ekonomi eksklusif Filipina.

Manila menempatkan kapal tentera laut itu pada 1999 dalam usaha memperkukuh tuntutan di perairan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya