CEO syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi disyaki seleweng dana RM270,000

CEO syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi disyaki seleweng dana RM270,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang individu bergelar Profesor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi bagi membantu siasatan kes menyeleweng dana kira-kira RM270,000 untuk kepentingan peribadi.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 60-an ditahan kira-kira pukul 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari sehingga 30 Julai 2024 telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan wang bernilai kira-kira RM270,000 untuk kegunaan peribadi termasuk membayar hutang dan membeli kereta serta perbelanjaan peribadi yang lain.

“Suspek juga disyaki mengarahkan kakitangan syarikat menyediakan surat untuk bayaran gaji berjumlah kira-kira RM12,000 sebulan sejak Mac 2023 sedangkan surat pelantikan suspek sebagai CEO hanya melayakkannya menerima lima peratus daripada keuntungan tahunan syarikat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN